suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Cedera Selepas Terjatuh Dari Eskalator Pusat Beli-Belah

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan cedera selepas terjatuh dari eskalator di pusat membeli-belah 1Borneo di Jalan Sulaman petang Ahad.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra, bagaimanapun berkata, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menunggu keputusan ujian x-ray.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di mata kiri, hidung dan mulut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata, insiden itu berlaku kira-kira 2 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.

eskalator

Artikel Lain