suria

Najib Ucap Tahniah Kepada Cameron Kerana Menang Pilihan Raya UK

Cameron dan isterinya, Samantha disambut kakitangan pejabat Perdana Menteri di Downing Street pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya David Cameron selepas menerajui parti Konservatif mencapai kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum United Kingdom (UK).

Najib berkata, Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.

"Ramai mengucapkan tahniah @David_Cameron. Hasil kepimpinan kerajaan  tuan, UK-Malaysia menjalin hubungan yang amat baik. Saya berharap dapat  menjalin kerjasama dan hubungan yang lebih mendalam," kata Najib dalam catatan Twitter beliau, Jumaat.

British Broadcasting Corporation (BBC) yang berpejabat di London melaporkan parti Konservatif memenangi 330 kerusi di Parlimen selepas pengumuman keputusan 649 daripada 650 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan pilihan raya itu membolehkan Konservatif memperoleh majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan, dan Cameron kembali ke Downing Street untuk menyandang jawatan perdana menteri bagi penggal kedua.-- Bernama

David Cameron, UK, pilihan raya

Artikel Lain