suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Helikopter Di Pakistan: Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di kawasan Lembah Naltar di Pakistan, awal pagi Jumaat.

"Harapan dan doa saya adalah bersama keluarga mangsa-mangsa tragedi helikopter di Pakistan. Al-Fatihah," kata Najib dalam entri Twitter beliau pada Jumaat.

Sekurang-kurangnya enam orang termasuk Duta-duta besar Norway, Belanda dan Filipina dilaporkan terkorban manakala 11 lagi cedera selepas helikopter membawa 17 orang terhempas di wilayah Gilgit.

Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud adalah antara enam orang yang terbunuh dalam tragedi itu.

Kementerian Luar Negeri juga mengesahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar cedera dalam insiden itu dan kini menerima rawatan di Hospital Gilgit.

Helikopter itu membawa rombongan diplomat asing dan isteri masing-masing mengikuti program rasmi kerajaan Pakistan.

Artikel Lain