suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembatalan Pembelian Tanah TRX Oleh TH Wajar Dilakukan - KJ

PUTRAJAYA: Jika transaksi pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) dapat dibatalkan, adalah wajar ia dilakukan untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

"Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.

"Jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan pendeposit, (mereka) ini makcik pakcik biasa, orang biasa yang deposit RM100...RM200," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas acara Larian Pekerja Muda '9 to 5' di sini, Sabtu.

Dalam kenyataan semalam, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.

Khairy berkata beliau juga telah menyuarakan kebimbangan dan pandangan peribadinya mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat.

TRX, KJ, TH

Artikel Lain