suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daftar Pesalah Seks: Polis Sokong, Tapi Bimbang Bertindih Dengan Sistem Sedia Ada

Tan Sri Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Polis menyokong pelaksanaan daftar pesalah seks tetapi bimbang ia mungkin bertindih dengan sistem yang sedia ada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun polis tidak membantah daftar tersebut diwujudkan, Malaysia sudah pun mempunyai sistem yang hampir sama.

"Kami menyimpan rekod suspek dan banduan dalam pangkalan data dan ia mencukupi untuk kita, jadi, memiliki daftar baharu mungkin menyebabkan ia bertindih.

"Tetapi apa yang perlu dijelaskan, sekiranya perlu untuk berbuat demikian, kita menyokongnya," katanya.

Sama ada rekod itu akan didedahkan kepada umum, Khalid berkata, ia adalah di luar bidang kuasa polis.

Pada Khamis, The Star melaporkan bahawa rakyat Malaysia meminta supaya daftar pesalah seks dan pedofilia diwujudkan bagi membendung kesalahan seksual.

Peguam hak asasi manusia Honey Tan berkata, mewujudkan daftar seperti itu tepat pada masanya dan ia perlu dimaklumkan kepada umum.


Artikel Lain