suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zamil Minta Dr M Beri Penjelasan Tentang 'Gaya Hidup Mewah' Anak-Anak

Zamil Ibrahim
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memberi penjelasan mengenai anak-anaknya yang dikatakan menjalani gaya hidup mewah jika mereka bukan jutawan, kata pemimpin Parti Kita Zamil Ibrahim.

Beliau juga mendakwa bahawa anak-anak bekas Perdana Menteri itu memiliki 'kereta sport' berharga berjuta-juta ringgit dan memiliki jet peribadi.

Zamil berkata demikian sebagai tindak balas terhdap posting di blog Dr Mahathir, di mana beliau telah mengecam pemimpin Kita dan menjelaskan bahawa anak-anaknya bukan jutawan tetapi telah membuat pinjaman jutaan ringgit untuk membiayai perniagaan mereka.

"Oleh itu, jika anak-anaknya bukan jutawan, ia menimbulkan persoalan mengenai siapa yang membiayai gaya hidup 'super kaya' mereka," kata Zamil dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau juga menggesa bekas Perdana Menteri berhenti 'bercakap kosong' mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengemukakan bukti terhadap tuntutan itu kepada pihak berkuasa.

Dr Mahathir menjawab dalam blognya, chedet.cc, memanggil Zamil keliru dan jahil.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mendapatkan pinjaman untuk membantu anak-anaknya semasa beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain