suria

Azmin Diberi Kata Dua: Mohon Maaf Atau Disiasat

Azmin Ali

BUKIT MERTAJAM: Jika Mohamed Azmin Ali tidak memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh seminggu, siasatan akan dilakukan terhadap Menteri Besar Selangor itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis akan membuka kertas siasatan jika Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menghina Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, setakat ini, tiga persatuan polis telah membuat laporan berhubung perkara itu meminta Azmin meminta maaf susulan ucapannya pada ceramah di Permatang Pauh di sini.

"Kenyataan terhadap Ketua Polis Negara umpama menghina keseluruhan pasukan Polis Diraja Malaysia.

"Kami mahu Azmin memohon maaf secara terbuka, bukannya menerusi setiausaha politiknya," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Khamis.

Beliau menambah, kes Azmin akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Laporan yang dibuat setakat ini berikutan kenyataan Azmin melabet Khalid sebagai  'bacul', 'pencacai' dan juga 'barua Umno'.

Azmin Ali, Khalid Abu Bakar, barua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain