suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kit Siang Mahu Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

Lim Kit Siang (kanan) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat.
PETALING JAYA: Lim Kit Siang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan suaminya.

"Kemenangan padu dan mengagumkan Wan Azizah di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil membuka jalan bagi beliau untuk dipilih semula sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya dalam posting blog pada Jumaat.

Pakatan Rakyat kini tidak mempunyai Ketua Pembangkang yang diiktiraf berikutan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat.

Rayuannya untuk mendapatkan pengampunan diraja juga ditolak, dan beliau kemudian hilang statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Walau bagaimanapun kerusi itu dirampas semula oleh isterinya pada PRK, Khamis.

Wan Azizah pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen semasa pemenjaraan suaminya sebelum ini pada tahun 1999.

Beliau juga pernah memegang kerusi Permatang Pauh dalam tempoh tersebut apabila Anwar telah diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Pakatan bagaimanapun belum memutuskan secara rasmi siapa yang akan menggantikan Anwar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain