suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Dilibas Pedang

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut akibat ditetak selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Malaka, Inanam dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang berumur 30 tahun itu cedera di leher, belakang kepala, bahagian pinggang belakang dan lengan tangan kiri dalam kejadian pada 1.57 pagi.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dipercayai bersama empat yang lain termasuk isteri dan tuan rumah sedang minum minuman keras petang semalam.

"Semasa minum minuman keras sehingga awal pagi, berlaku perselisihan faham dipercayai mengenai belanja rumah.

"Seterusnya, dipercayai satu pergelutan berlaku," katanya dalam kenyataan.

Chandra berkata sebanyak lapan orang, termasuk dua wanita, berumur antara 26 dan 54 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Turut dirampas, sebilah pedang berukuran 90cm dipercayai senjata yang digunakan, katanya menambah motif kejadian masih disiasat.

Kota Kinabalu, Tetak

Artikel Lain