Keputusan Tamatkan Pinjaman Pelajaran Nur Fitri Azmeer Kekal - MARA - Semasa | mStar

Keputusan Tamatkan Pinjaman Pelajaran Nur Fitri Azmeer Kekal - MARA

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan bahawa keputusan menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer Nordin yang disabitkan bersalah kerana memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak, kekal.

Pengarah Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain berkata Nur Fitri Azmeer juga dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan.

Pada Sabtu lepas, MARA dalam satu kenyataan menyebut tindakan itu diambil setelah Mahkamah Southwark Crown, London pada 30 April, mensabitkan kesalahan Nur Fitri Azmeer yang mengaku melakukan perbuatan itu.

Pinjaman pelajaran remaja itu digantung sejak November 2014, iaitu ketika mula ditahan reman atas pertuduhan berkenaan, kata Rohayah dalam  kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam catatan terbaharu di laman Facebook miliknya, secara peribadi berpendapat Nur Fitri Azmeer perlu dibantu menjalani pemulihan dan meneruskan pelajarannya.

"Sama ada di bawah tajaan MARA atau tidak, adalah perkara lain. 

"Saya berharap pihak tertentu termasuk pemimpin yang kelihatan terburu-buru membuat kenyataan tanpa berfikir panjang agar lebih berhati-hati dan sensitif. Membantu rakyat yang bermasalah adalah tanggungjawab kita," katanya.

MARA , Nur Fitri

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain