suria

AirAsia Meterai MOA Beri Manfaat 20 Universiti Awam Malaysia

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd memeterai memorandum persetujuan (MoA) dengan 20 universiti awam tempatan bagi membolehkan lebih 650,000 kakitangan dan para pelajar memulakan perjalanan dengan lebih jimat dan mudah menggunakan 'Waran Perjalanan Udara Awam' (WPUA) AirAsia.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan berkata, program khas tersebut, bagi agensi kerajaan dan badan berkanun termasuk universiti awam, akan membolehkan mereka menjalankan tugas demi rakyat dengan lebih efisien dan tanpa kos berlebihan. 

AirAsia berkata ia mempunyai rangkaian domestik terbesar, menghubungkan bukan sahaja Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, tetapi juga destinasi dalaman di Sabah dan Sarawak, memudahkan pelan perjalanan bagi para pelajar dan kakitangan universiti awam. 

Program WPUA itu menawarkan tempahan penerbangan dan pertukaran penerbangan yang fleksibel, peruntukan 40 kilogram bagasi daftar masuk, termasuk hidangan dalam penerbangan dan pilihan tempat duduk, yuran kaunter percuma dan dilindungi Pelan Perlindungan AirAsia oleh Tune Insurance.

Bagi maklumat terkini boleh layari Twitter AirAsia www.twitter.com/AirAsiadan Facebook www.facebook.com/AirAsia.

AirAsia, WPUA, Universiti Awam

Artikel Lain