suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Boleh Kritik Najib Tetapi Buat Secara Tertutup - Mubarak

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi pandangan beliau perlu disuarakan secara tertutup, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Menurut Mubarak, walaupun Dr Mahathir bebas untuk menyuarakan pandangannya tetapi ia bergantung kepada Najib untuk membuat keputusan yang terbaik untuk memimpin negara.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, konflik antara Mahathir dan Najib begitu kebimbangan di mana seramai 826 anggota majlis itu berharap supaya kedua-dua pemimpin tersebut dapat menyelesaikan perbezaan pendapat mereka secara tertutup dan bukan sebaliknya.

"Kami berpendapat walaupun Dr Mahathir bebas untuk menyuarakan pandangannya, tetapi pendekatan (secara terbuka) yang digunakan beliau adalah tidak wajar.

"Ia hanya akan menjatuhkan kerajaan. Tindakan beliau akan menjadikan senjata untuk menyerang Barisan Nasional.

"Jika beliau mempunyai sesuatu untuk diperkatakan kepada Najib, bekas perdana menteri itu perlu melakukannya secara tertutup," katanya.

Aziz berkata, Mubarak menghormati Dr Mahathir sebagai penaung majlis itu dan pada masa sama mereka turut menyokong kepimpinan Najib dan mahu perdana menteri terus menerajui negara.

Sejak kebelakangan ini Dr Mahathir sering mengkritik pentadbiran Najib terutama melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Aziz berkata, semua pihak perlu menunggu hasil pengauditan terhadap 1MDB yang dijalankan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tanpa perlu membuat sebarang kesimpulan secara melulu.

Artikel Berikut

Artikel Lain