DAP, PKR Boikot PAS Di Rompin? - Semasa | mStar

DAP, PKR Boikot PAS Di Rompin?

MUADZAM SHAH: Memasuki hari kesembilan kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, kelibat pimpinan tertinggi sekutunya, DAP masih tidak kelihatan.

Menurut sumber dalaman yang rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu faktor ketidakhadiran pemimpin tertinggi DAP adalah bagi meredakan krisis antara PAS dan DAP.

Malah, menurut sumber itu juga ia bagi mengelakkan isu hudud yang masih panas terus dibangkitkan sehingga boleh menjejaskan tumpuan pakatan rakyat pada PRK Rompin dan Permatang Pauh.

"Memang tak dapat dinafikan tumpuan lebih kepada Permatang Pauh tapi pembahagian pemimpin untuk turun padang itu ada.

"Kalau di Permatang Pauh DAP 90 peratus, PAS 10 peratus... kalau di Rompin PAS 90 peratus, DAP 10 peratus. Kerjasama itu masih ada," kata sumber ketika ditemui dalam satu majlis ramah mesra calon PAS di Kampung Kedaik pada Khamis.

Ketika diminta mengulas sama ada ketidakhadiran pemimpin DAP di Rompin ada kaitan dengan krisis hubungan dengan PAS, sumber itu bagaimanapun mengelak untuk menyentuh isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau hanya berkata DAP tiada cawangan di Parlimen Rompin dan jumlah pengundi Cina agak kecil.

Dua nama besar yang hadir pada hari penamaan calon tempoh hari adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, tetapi kelibat mereka tidak kelihatan pada waktu kempen.

Sejak akhir-akhir ini keretakan hubungan antara tiga sekutu pakatan pembangkang semakin parah apabila PKR dan DAP menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan PAS.

DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pre­siden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Rompin , PKR , DAP , BN , Hudud

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain