suria

Seorang Daripada Tiga Suspek Diburu Ditahan Di Pulau Pinang

ALOR SETAR: Seorang daripada tiga suspek yang melarikan diri ketika serbuan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Polis Diraja Malaysia di Kuala Kedah pada Sabtu telah ditahan awal pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berumur 34 tahun daripada Kuala Lumpur itu ditahan di sebuah hotel di Pulau Pinang pukul 4 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih 15 rekod jenayah termasuk kekerasan.

"Dua lagi suspek masih lagi bebas dan kita masih memburu mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian 11.54 pagi Sabtu, tiga suspek yang menaiki kenderaan curi jenis Honda City melarikan diri daripada serbuan polis dengan melanggar beberapa kenderaan termasuk kenderaan dinaiki anggota STAFOC yang cuba menahan mereka di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah.

Ketiga-tiga suspek yang dipercayai anggota sindiket curi kenderaan mewah kemudiannya bertindak mencuri sebuah kereta jenis Proton Persona di sebuah stesen minyak di Pendang dan melarikan diri ke arah Pulau Pinang.

Suspek kemudian meninggalkan kenderaan tersebut di Juru, Pulau Pinang dan mencuri sebuah lagi kereta jenis Volkswagen di Showroom Autocity kira-kira 2.30 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain