suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis Maut Rempuh Tiang Telefon

SANDAKAN: Seorang gadis maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang telefon di Jalan Leila dekat sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, mangsa Jucelindah Robert, 20, dari Kampung Kuala Sapi Beluran mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya ketika kejadian mangsa memandu keretanya dari arah Bandar Leila menghala Bandar Sandakan.

Apabila tiba di tempat kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar sebatang tiang telefon lalu berpusing dan terbalik, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan saksi diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Sandakan, Maut

Artikel Lain