suria

DBKL Pasang CCTV Pantau Pembuangan Sampah Secara Haram

Ahmad Phesal Talib.

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah membasmi pembuangn sampah secara haram di sekitar bandar raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mudah alih.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, keputusan itu merupakan hasil perbincangan dalam mesyuarat baru-baru ini.

"Di Kuala Lumpur sekarang ni banyak berlaku pembinaan dan juga pengubahsuaian, maka akan ada pembuangan sampah secara haram di kawasan tanah awam dan juga tanah persendirian.

"Untuk mengesan aktiviti pembuangan sampah ini, ia agar sukar kerana mereka selalunya akan membuang sampah sekitar tengah malam hingga 3 pagi...sebab itu kita kena pasang 'portable' CCTV untuk kesan siapa yang membuang sampah," katanya.

Ahmad Phesal berkata demikian kepada media selepas melepaskan peserta 'Treasure Hunt' anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, Sabtu.

Turut hadir Presiden MATTA Hamzah Rahmat.

Menurut Ahmad Phesal, perancangan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan tertumpu di lokasi yang dikenal pasti, kerap berlaku pembuangan sampah secara haram.

Sebanyak 56 buah kereta dengan setiap kereta disertai antara tiga dan empat peserta menyertai pengembaraan dua hari bermula Sabtu sehingga Ahad dan perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, Selangor dan seterusnya ke Ipoh, Perak.

Sementara itu, mengenai pertandingan anjuran MATTA buat pertama kali itu, Ahmad Phesal berharap peserta dapat menjejaki Kuala Lumpur dengan lebih terperinci kerana banyak tempat menarik dan makanan lazat terdapat di bandar raya ini.

"Kita sendiri tidak menyedari bahawa KL (Kuala Lumpur) ini cantik sebenarnya. Kalau kita pergi secara 'detail', kita akan dapati pelbagai makanan di lokasi tertentu, bangunan-bangunan menarik serta penduduknya dapat kita fahami dan ini juga merupakan salah satu cara mempromosikan warisan yang ada di negara ini.

"Di KL pun, kita dah mula memperbanyakkan gerai dan restoran dan ini kita masukkan ke dalam 'food trail' mengikut kelompok makanan-makanan yang sesuai untuk diperkenalkan kepada pelancong asing," katanya.

DBKL, CCTV, sampah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anggota Rela Maut Ditembak

Artikel Lain