suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Nasihat Rakyat Nilai Kesahihan Maklumat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat agar bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima dengan menyemak sumbernya agar tidak mudah terpedaya.

Perdana Menteri berkata ini kerana Malaysia kini sedang melalui proses pendemokrasian maklumat yang membolehkan maklumat disalurkan secara bebas dan dua hala.

Bagaimanapun, katanya proses pendemokrasian maklumat itu mempunyai baik dan buruknya memandangkan semua maklumat, termasuk yang tidak benar, boleh tersebar dengan meluas.

"Banyak maklumat hari ini yang digembar-gemburkan dan diputar belit sehingga disalahertikan tanpa disedari, bertahun-tahun lamanya kita menerima maklumat sedemikian sehinggakan ramai yang terpengaruh.

"Kesannya, kita sedang berada dalam era persepsi daripada realiti," katanya dalam siaran radio Perdana Menteri tentang pendemokrasian maklumat yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com pada Jumaat.

Najib berkata banyak tuduhan dan putar belit yang dilemparkan tidak mencerminkan realiti sebenar sesuatu isu ataupun kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

www.najibrazak.com

Artikel Sebelum

Wanita OKU Ditemui Rentung

Artikel Lain