suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Sekolah Lain Di Melaka Bebas Simptom H1N1

MELAKA: Tiada pelajar lain di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck di sini dikesan mempunyai simptom Influenza A atau H1N1, seperti demam panas, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Datuk Md Yunos Husin.

Beliau berkata, sehingga kini, kerajaan negeri juga tidak menerima laporan tentang jangkitan itu tersebar kepada individu lain, selain seorang pelajar lelaki Tahun Lima di sekolah tersebut yang telah meninggal dunia.

"Ini semua menunjukkan keadaan masih terkawal di Melaka dan sekolah tersebut akan dibuka seperti biasa esok. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana semua agensi kerajaan sedang bekerja keras memantau perkara ini.

"Saya juga berharap agar tiada pihak yang menyebar khabar angin bagi mengelak orang ramai panik dan takut. Periksa dahulu sumber maklumat anda," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Pelajar berusia 10 tahun itu koma sebelum meninggal dunia tengah malam Selasa di sebuah hospital swasta di sini selepas dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan pada Jumaat lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, punca sebenar kematian pelajar itu tidak dapat disahkan kerana mangsa dijangkiti virus H1N1 dan radang otak pada masa yang sama.

H1N1

Artikel Sebelum