suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KDN Larang Guna Pasport Hilang

PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang telah membuat laporan mengenai kehilangan atau kecurian Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) mulai 1 Januari 2010 dilarang menggunakan dokumen itu jika dijumpai semula.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis berkata larangan itu untuk mengelakkan sebarang kesulitan di pintu masuk antarabangsa.

Ini kerana PMA yang pernah direkodkan hilang akan kekal dalam rekod Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan dianggap tidak lagi sah serta tidak akan dibenarkan melalui sempadan/pintu masuk antarabangsa dengan menggunakan dokumen tersebut, katanya.

Alwi berkata bagi mengelakkan sebarang kesukaran dan implikasi negatif kepada kes-kes sebegini, KDN menyeru agar warga Malaysia mengambil perhatian serius peringatan tersebut.

"Langkah yang diambil ini adalah bertujuan memastikan kredibiliti dan integriti PMA tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak," katanya.

Alwi berkata warganegara Malaysia boleh memohon PMA baharu daripada Jabatan Imigresen Malaysia dengan mengemukakan salinan laporan polis dan yang berkaitan sebagai bukti kehilangan atau kecurian PMA terdahulu.

Mulai 1 Februari tahun ini, KDN dilaporkan mewajibkan individu yang kehilangan PMA sama ada di dalam negara atau luar negara membuat laporan di balai polis berdekatan.

pasport, hilang, KDN

Artikel Lain