suria

Guru Agama Warga Myanmar Cabul Murid

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 29 Mei bagi sebutan kes dua guru agama Myanmar yang mengaku tidak bersalah mencabul dua pelajar remaja perempuan.

Saifullah Mohammad Hussain, 26, dituduh mencabul pelajar perempuan berusia 11 tahun di pejabat guru sebuah sekolah di Sentul, pada 9.00 pagi 25 Jan tahun ini.

Beliau juga dituduh mencabul pelajar yang sama di lokasi yang sama pada 11 pagi 18 Mac tahun ini.

Rakannya, juga seorang warga Myanmar, Giyath Udeen Kalam, 35, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul seorang lagi pelajar perempuan berusia 11 tahun di pejabat guru pada 1.00 petang 5 Jan.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin tidak membenarkan ikat jamin bagi kedua-dua tertuduh dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan kes.

Dua lelaki itu didakwa berasingan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan boleh didenda dan dirotan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlin Mohd Yusof bertindak bagi pihak pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. 

Myanmar, Cabul

Artikel Lain