suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Lori Maut Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan

KOTA KINABALU: Seorang pemandu kenderaan berat maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah lori seberat lapan tan dan sebuah kereta di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Tuaran, pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kejadian melibatkan lori tangki air, lori membawa baja serta Perodua Kembara itu kira-kira jam 7 pagi Rabu.

"Kedua-dua mangsa adalah pemandu dan penumpang lori tangki air. Mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

"Pemandu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital, manakala seorang lagi mengalami cedera parah," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

maut, kemalangan, lori

Artikel Berikut

Artikel Lain