suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewan Rakyat Bertafakur Untuk Mangsa Nahas Helikopter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluluddin Jarjis yang terlibat dalam tragedi helikopter terhempas di Semenyih pada petang Sabtu lalu.

Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang turut bertafakur selama seminit bagi mengenang kematian Ahli Parlimen Rompin itu sebelum memulakan persidangan.

Bagi Ahli Parlimen beragama Islam, mereka mengiringi masa bertafakur dengan bacaan al-Fatihah.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rompin selama enam penggal sejak 1990 dan pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam tempoh berkenaan.

Allahyarham juga pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dari Julai 2009 hingga Februari 2012.

Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang Sabtu, Jamaluddin, 64 yang juga Pengerusi PR1MA serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias antara enam yang terkorban dalam nahas tersebut helikopter di Semenyih.

Empat mangsa lain ialah juruterbang, Kapten Clifford William Fournier; pembantu operasi, Aidana Baizieva; pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Razkan Seran dan usahawan, Datuk Tan Huat Seang.

Jamaluddin menaiki helikopter tersebut selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan perdana menteri di Pekan, Pahang.

Dewan Rakyat, Semenyih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain