suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPA Terima Lebih 800,000 Permohonan Secara Dalam Talian

Mahmood Adam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima lebih 880,000 permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam secara dalam talian sepanjang dua bulan pertama tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau menyifatkan jumlah itu sangat besar, dengan kebanyakan pemohon terdiri daripada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Bagaimanapun, jawatan yang ada bergantung pada kekosongan yang wujud dalam jabatan dan agensi kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Outreach S.P.A: Memperkenalkan SPA dan Perkhidmatan Awam kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini, Jumaat.

Mengenai 50,000 petugas kontrak dalam perkhidmatan awam, beliau menjelaskan bahawa mereka dilantik berdasarkan kekosongan yang wujud.

Mengenai program pada Jumaat, Mahmood berkata, satu karnival kerjaya juga diadakan untuk memberi bimbingan dan penerangan kepada orang ramai tentang kerjaya dalam sektor awam.-- Bernama


SPA, Mahmood Adam

Artikel Lain