suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Nahas Di Jeli

KOTA BARU: Tiga orang maut dan dua cedera dalam nahas membabitkan kereta dan lori di Km 122.6 Lebuhraya Timur-Barat dekat Jeli tengah malam Khamis.

Pemandu kereta itu, Muhammad Amin Laziman, 25, dan penumpangnya Mior Azhar Mohd Nor, 32, dan Muhammad Sharir Rosdi, 24, meninggal di tempat kejadian.

Ketua Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir berkata, kereta itu dari Gerik, Perak dipercayai terbabas dan berlanggar dengan lori itu.

Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 12.45 tengah malam dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.16 pagi.

"Sementara pemandu lori Azmi Yunus, 44, dan kelindannya Mohamad Izahan Daud, 22, hanya cedera ringan," katanya.

Soleh berkata, ketiga-tiga mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah-siasat.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang penunggang motosikal maut apabila sebuah kereta melanggarnya di Kampung Chicha di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa Haris Mohamad Nor, 53, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa dipercayai membuat pusingan U apablia pemandu kereta berumur 34 tahun itu melanggarnya.

"Mangsa tercampak ke atas jalan bertentangan dan cedera parah," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.-- Bernama


Artikel Lain