suria

Bil Air P.Pinang Yang Baharu Akan Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan mengeluarkan bil air yang ditambah baik tidak lama lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Jaseni Maidinsa.

Beliau berkata bil baharu itu akan menunjukkan maklumat pengebilan yang lebih tepat dengan format yang lebih mudah difahami.

"Pengguna yang memerlukan penjelasan atau bantuan untuk bil baharu ini boleh berhubung terus dengan PBAPP untuk bantuan lanjut. Untuk bantuan segera secara bersemuka, pengguna boleh melawati sembilan Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) terdekat," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Sembilan PKP itu ialah di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar); Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau; i-Avenue, Bayan Baru; Wisma Hock Teik, Bukit Mertajam; Kompleks PBAPP Jawi, Jawi; Kompleks Pentadbiran Bertam, Kepala Batas; Perai Complex; Rifle Range, Jalan Padang Tembak dan Taman Selat, Butterworth.

"Semua PKP kini dihubungkan secara 'online' untuk membolehkan masalah pengguna diselesaikan dengan segera," tambah Jaseni.

Jaseni berkata PBAPP turut mewujudkan pembayaran bil air secara atas talian dengan 10 bank terpilih iaitu Ambank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, CIMB, HSBC, Maybank, Public Bank, UOB dan Standard Chartered Bank.

Katanya, untuk mengelakkan sebarang caj atau yuran perkhidmatan bagi pembayaran bil air di Pulau Pinang, pengguna boleh lawati sembilan PKP berkenaan selain kaunter pembayaran di Tenaga Nasional Berhad, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) dan Telekom Malaysia.
bil air, PBAPP

Artikel Berikut

Presiden PRS Pertahan Najib

Artikel Lain