suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Geng Kongsi Gelap Tetak Ahli Perniagaan Ditahan

Abdul Rahim Hanafi.
GEORGE TOWN: Polis menahan tiga anggota geng kongsi gelap yang disyaki menyerang para jemputan pada satu majlis keraian di sebuah restoran di Tanjung Tokong di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ketiga-tiga suspek ditahan di daerah timur laut petang semalam dan awal pagi Khamis. 

Mereka yang berumur antara 25 dan 30 tahun direman sehingga Isnin.

Beliau berkata polis masih mengesan empat lagi rakan suspek yang disyaki turut terlibat dalam kejadian itu.

"Polis percaya suspek masih berada di Pulau Pinang dan meminta orang ramai yang ternampak pergerakan individu mencurigakan supaya membuat laporan untukmembantu siasatan polis," katanya.

Dalam kejadian pada 9.55 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 50-an cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang khemah di hadapan restoran itu yang turut menempatkan 15 tetamu lain.

Siasatan mendapati mangsa bukan merupakan mana-mana anggota kumpulan kongsi gelap dan menghadiri majlis tersebut bagi meraikan sambutan ulang tahun hari lahir anak kenalannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain