suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak Tembak Babi Terkena Orang

NIBONG TEBAL: Seorang penjaga kolam ternakan ikan sangkar di Sungai Acheh di sini cedera akibat terkena peluru penabur yang dilepaskan majikannya yang mahu menembak babi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata dalam kejadian 9 pagi Rabu itu, mangsa yang merupakan warga asing sebelum itu menelefon majikannya mengenai seekor babi menceroboh kawasan berkenaan.

Beliau berkata majikan tersebut segera bergegas ke kawasan kolam itu beserta senapang patah dan melepaskan sedas tembakan apabila melihat kelibat babi berkenaan.

"Namun pada pada masa sama, mangsa secara tiba-tiba melintas berdekatan babi tersebut menyebabkan dia yang terkena tembakan dan cedera di lengan kiri dan belakang pinggangnya," katanya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Bakap dan keadaannya dilapor stabil.

Wan Hassan berkata mangsa yang berusia 38 tahun memberithu ketika itu dia mahu menetak babi tersebut dengan parang dan tidak menyedari pada masa yang sama majikannya telah melepaskan tembakan.

Majikan berusia 43 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.
tembaj babi, orang, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain