suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Masih Kekal Ketua Pembangkang - Rafizi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dianggap kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sehingga keputusan rasmi mengenai status permohonan pengampunan diraja diumumkan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berkata, parti itu belum dimaklumkan secara rasmi berhubung kedudukan Anwar.

"Kami masih belum menerima apa juga pengumuman rasmi (berhubung status pengampunan Anwar) dan setakat ini, apa yang kami maklum proses masih lagi berjalan.

"Sebab maklumat tidak rasmi yang kami terima  bercampur-campur, ada yang kata itu hanya sebahagian daripada proses dan pihak Agong masih lagi belum terilbat.

"Saya rasa sekarang ini kita hanya perlu tunggu proses rasmi mengenai hal ini,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai laporan yang menyebut Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dibuat oleh keluarga Anwar untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi ketua pembangkang itu berhubung sabitannya terhadap kes liwat.

Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh memberitahu mahkamah pada Rabu bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu menolak permohonan yang dibuat oleh keluarga Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada Rabu.

Selain itu Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata Anwar masih mempunyai ruang untuk mengemukakan rayuan pengampunan sekiranya permohonan kali pertamanya ditolak.

"Jika pengampunan Agong tidak diterima kali ini, Anwar masih ada peluang untuk terus mencuba memohon pengampunan.

"Cuma yang menjadi perhatian untuk masa sekarang adalah berhubung kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Tapi hakikatnya beliau masih boleh memohon berulang kali sehingga diampunkan,” katanya.

Anwar Ibrahim, Liwat

Artikel Lain