suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

25 Pati Ditahan Dalam Ops 6P Di Seremban, Rantau

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 25 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam Ops 6P di sekitar bandar ini dan pekan Rantau pada Selasa.

Dalam operasi 24 jam mulai 3 petang itu, jabatan itu menahan lima lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, tiga lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga India, dua lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Nepal dan empat wanita warga Thailand yang berusia antara 27 dan 40 tahun.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Imigresen negeri, Azil Ashazly Abdul Aziz berkata, kesemua warga asing yang ditahan itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(I), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Per. 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Seramai 64 warga asing diperiksa dalam operasi itu yang turut disertai pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan," katanya.

Katanya, kesemua Pati yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan operasi ini secara berterusan dan tidak berkompromi dengan mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berikut

Artikel Lain