suria

Adun PAS Kritik Pentadbiran Selangor Abai Peniaga Bumiputera

Khairuddin Othman

SHAH ALAM: Seorang Anggota Dewan Undangan (Adun) PAS mengkritik kerajaan negeri kerana gagal mengutamakan kepentingan peniaga walaupun sering melaungkan-laungkan prinsip berkenaan.

Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras) tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan mengarahkan 33 peniaga gerai makan di Taman Ihsan, Paya Jaras mengosongkan premis mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

"Ini adalah kawasan majoriti Melayu dan kawasan itu adalah satu-satunya tempat peniaga Melayu berniaga sejak sekian lama. Tetapi mereka telah diarahkan mengosongkan gerai mereka untuk memberi laluan kepada kontraktor besar membangunkan kawasan itu.

"Kita bukan antipembangunan, tetapi jangan sisih peniaga Melayu ini. Kenapa tidak cari kawasan lain untuk mereka berniaga," katanya semasa membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Rabu.

Baginda semasa merasmikan persidngan DUN Isnin lalu turut meminta kerajaan negeri memelihara hak orang Melayu dan Bumiputera.

Persidangan DUN disambung Khamis. -- Bernama


Artikel Lain