suria

GST Dikenakan Mengikut Bayaran Perkhidmatan Kewangan

PUTRAJAYA: Pengguna tidak perlu bimbang, mereka tidak akan dikenakan cukai yang membebankan bagi transaksi kewangan. Hal ini kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya akan dikenakan berdasarkan bayaran perkhidmatan, kata Penolong Pengarah Kanan bahagian GST, Rozila Saad. 

Perkhidmatan kewangan seperti wang deposit atau pengeluaran, pinjaman dan bon, caj kewangan, bayaran lewat serta faedah yang diperolehi daripada simpanan atau deposit tetap akan dikecualikan daripada GST, katanya. 

Bagaimanapun, bayaran pemprosesan yang dikenakan oleh bank atau institusi kewangan berdaftar untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut akan dikenakan cukai di bawah GST. 

Rozila turut menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial yang mendakwa GST akan dikenakan bagi setiap transaksi pengeluaran wang daripada mesin ATM. 

"Sekiranya anda mengeluarkan RM3,000, GST akan dikenakan sebanyak RM1 oleh pihak bank kerana perkhidmatan MEPS antara bank yang anda gunakan. Kami tidak akan mengenakan GST sebanyak 6% daripada jumlah wang yang dikeluarkan itu," katanya pada sesi penerangan media pada Isnin. 

Bagi pembelian barangan atas talian di luar segara, Rozila berkata selain daripada GST, cukai jualan akan dikenakan daripada nilai keseluruhan produk selepas mengambilkira nilai (kos, insurans dan kos pengangkutan) dan duti import. 

Beliau berkata pengguna dapat melihat wujudnya penjimatan dalam beberapa aspek sebaik sahaja GST berkuatkuasa kerana terdapat beberapa barangan yang dikenakan cukai jualan sehingga 10 peratus kini dikecualikan cukai. 

Terdapat senarai produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh bank tempatan, berkenaan GST serta pengguna boleh mengemukakan soalan yang boleh ditanya mengenainya, dengan melayari laman web, www.abm.org.my, atau Persatuan Bank di Malaysia d


Lebih banyak maklumat mengenai GST, pengubalan undang-undang, garis panduan, perkhidmatan juga boleh didapati dengan melayari laman web GST, Jabatan Kastam di www.gst.customs.gov.my 

Artikel Berikut

Artikel Lain