suria

PKR Kaji Kaedah Lain Untuk Bebaskan Anwar - Azmin

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengkaji kaedah lain untuk membebaskan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara sekiranya permohonan pengampunan dirajanya ditolak.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan keluarga dan peguam Anwar dalam masa terdekat.

Keputusan mengenai permohonan pengampunan diraja Anwar hanya akan dimaklumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini pada Rabu.

Pelupusan petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Anwar bakal menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang.

Azmin dilihat bakal menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang manakala sumber berkata anak kedua Anwar, Nurul Nuha mungkin bertanding di kerusi Permatang Pauh.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain