Pesuruhjaya PAS negeri Aminuddin Aling pada Isnin berkata, langkah yang daimbil oleh PKR dan DAP Sabah itu sebagai 'tidak dijangka'.
"Ketika itu saya menghadiri mesyuarat exco PAS Pusat dan kami diberitahu untuk mengukuhkan penglibatan kami dalam Pakatan, bagaimanapun, kami kini dikeluarkan daripada gabungan itu," katanya.
"Ini memang di luar jangkaan," kata Aminuddin, yang tidak hadir pada mesyuarat Pakatan Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua PKR negeri Datuk Seri Lajim Ukin.


