suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Berkopiah Ditemui Berhampiran Empangan

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 10.47 pagi.

"Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Teluk Bahang, Mayat

Artikel Lain