suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Selamatkan Malaysia': Lim Kit Siang Dibidas

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibidas kerana membuat percaturan berhubung masa depan politik Malaysia khususnya pembentukan kerajaan baharu hasil gabungan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, veteran DAP itu tiada hak untuk menentukan individu yang layak mengetuai negara ini khususnya menerusi slogan ‘Selamatkan Malaysia’ yang dicadangkannya.

Malah menurut Razaleigh, cadangan Lim itu bersifat peribadi dan kabur.

"Itu cadangan beliau, saya sendiri tidak berapa jelas.

"Beliau boleh cadang seribu namapun tidak ada apa, tapi akhirnya rakyat yang akan menentukan," kata ahli politik veteran Umno itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Lim pada Ahad yang mencadangkan beberapa pemimpin dari Sabah dan Sarawak untuk mengetuai negara ini sekiranya gabungan 'Selamatkan Malaysia' ditubuhkan.

Menurut Lim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dari Sarawak adalah antara pemimpin yang layak menduduki kerusi itu.

Selain itu Lim juga mencadangkan pemimpin Sabah, iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirli dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dari Sarawak.

Selamatkan Malaysia, Parlimen

Artikel Lain