suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putus Kerjasama Dengan Presiden PAS Helah DAP Campuri Urusan - PAS Terengganu

Satiful Bahri Mamat.
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menyifatkan keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu helah untuk campur tangan dalam kepimpinan PAS selain isu hudud.

Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi sepertimana terdapat cubaan untuk menyingkirkan tokoh itu daripada kepimpinan ulama PAS akhir-akhir ini.

Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Presiden PAS itu sebagai pembohong adalah keterlaluan dan bercanggah dengan akhlak Presiden PAS yang memimpin satu gerakan Islam yang mempunyai sejuta anggota, katanya.

"Mungkin perkara yang dilakukan Lim Guan Eng adalah satu isyarat kepada campur tangan DAP dalam PAS apatah lagi sejak mutakhir ini terdapat cubaan untuk menyingkirkan tuan guru Abdul Hadi Awang dari kepimpinan PAS.

"Kenyataan itu adalah melampau dan celupar kerana menampakkan seolah-olah presiden (Abdul Hadi Awang) seorang yang tidak beretika," katanya pada Khamis.

Satipul Bahri berkata tindakan itu hanya akan merugikan dan memberi impak buruk kepada DAP yang akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu kerana penentangan terhadap hudud dan penghinaan terhadap presiden PAS.
hudud, DAP, PAS

Artikel Lain