suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hudud: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Khamis membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi Khamis juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan. 

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (Rabu) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Pada Rabu, sebuah portal berita menyiarkan laporan yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud dan ia menjadi viral di internet.

Artikel Lain