suria

Patahiyah Ismail Dilantik Datuk Bandar P.Pinang

Patahiyah Ismail.
GEORGE TOWN: Datuk Patahiyah Ismail diumumkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang baharu ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Patahiyah merupakan Yang Dipertua MPPP.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya secara rasminya berkuatkuasa 1 Januari tahun ini.

Beliau berkata pelantikan Patahiyah bermaksud beliau akan menjadi Datuk Bandar wanita yang pertama di Pulau Pinang.

"Majlis rasmi (pelantikan Patahiyah) dan penyerahan rasmi berhubung pengisytiharan status bandaraya oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas akan diadakan pada 31 Mac ini," kata Lim pada sidang media di Komtar di sini, Selasa.



Artikel Lain