suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan Anti-GST Gagal 'Tundukkan' Kastam

PETALING JAYA: Penunjuk perasaan Anti-GST berkumpul di hadapan ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengemukakan 106 soalan tetapi gagal mendapat perhatian agensi berkenaan.

Kumpulan yang diketuai aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) masuk ke pekarangan pejabat JKDM di Kelana Jaya pada pukul 11 pagi untuk menyuarakan padangan mereka serta menyerahkan memorandum kepada Ketua Pegawai Kastam mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan 1 April ini.

Ketua Pemuda PSM, K.S Bawani berkata, setakat ini tiada sesiapa daripada pihak Kastam tampil untuk menjawab soalan-soalan mereka.

"Kami mahu mendapatkan jawapan kepada 106 soalan yang dikemukakan dan kami tidak akan pergi selagi soalan-soalan tersebut tidak dijawab," katanya.

Pihak polis bersama Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) mengawal pekarangan kompleks pejabat berkenaan dan melarang orang ramai memasuki kawasan itu.

Sepanjang tempoh itu, aktivis Khalid Ismath ditahan semasa protes tersebut.


Anti-GST, Kastam, PSM

Artikel Lain