suria

Bangunan Sultan Ibrahim Dipasang Logo Baharu Sempena Istiadat Kemahkotaan

JOHOR BAHRU: Semua persiapan dilakukan bagi memastikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Isnin berjalan lancar.

Logo besar 'SI' dengan pancaran lampu sorot LED diletakkan di dinding bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Tambalan di sini tepat pada masanya sempena istiadat itu.

Pengerusi C&C LW Malaysia Sdn Bhd, Hunter Park berkata, logo bersaiz 30 kaki dan 10 meter itu dipasang di empat bahagian menara bangunan itu bagi memastikan ia dapat dilihat dari semua sudut.

"Badan empat logo itu diperbuat daripada polikarbonat dan aluminium termasuk pelekat inkjet dengan kemasan berlapis.

"Kesemua bahan digunakan untuk menjadi logo-logo ini bertahan lama sekurang-kurangnya untuk tiga tahun," katanya.

Logo 'SI' merupakan logo rasmi Sultan Johor yang sebelum ini dipasang di bangunan sama pada 1955 bagi memperingati hari keputeraan Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar ketika itu.

Park berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menghubunginya kira-kira dua bulan lalu mengenai projek tersebut.

Selain logo di Bukit Timbalan, Park turut memasang lagu LED di bangunan ikonik lain di sekitar bandar itu termasuk Hospital Sultanah Aminah, masjid Sultan Abu Bakar Mosque dan Pusat Islam Islandar di Jalan Masjid Abu Bakar di sini.

Artikel Lain