suria

Dua Penjenayah Ditembak Mati Di Jalan Seremban - Port Dickson

Anggota forensik polis sedang memeriksa mayat seorang daripada dua penjenayah yang ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Rasah- Port Dickson pada Sabtu.

SEREMBAN: Polis menembak mati dua penjenayah di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, petang Sabtu.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 2.15 petang ketika suspek, yang menaiki sebuah kereta, telah diekori polis dari arah Port Dickson menuju kebandar raya ini. 

Menyedari mereka diekori, suspek kemudian bertindak terjun daripada kenderaan itu bagi melarikan diri sebelum melepaskan beberapa das tembakan kearah polis.

Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan balas dan kedua-dua suspek mati ditembak. 

Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata satu sidang akhbar berhubung kejadian itu akan diadakan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof pada Ahad. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya mengucapkan syabas kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana berjaya tumpaskan penjenayah dalam kejadian itu. 

tembak mati

Artikel Lain