suria

Hudud: DAP Gagal Yakinkan India, Cina

GEORGE TOWN: Parti Gerakan Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai gagal membawa keyakinan masyarakat Cina dan India dalam pakatan pembangkang apabila tidak dapat menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada membentangkan rang undang-undang hudud.

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya boleh terbang ke Kelantan bagi membincangkan perkara ini dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

"Masa banjir hari itu beliau boleh turun (ke Kelantan), takkan yang ini penting tidak boleh pergi ke Kelantan...," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Ahmad pada Rabu membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.

Pindaan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.

Hudud, DAP

Artikel Lain