suria

DAP Sarawak Mungkin Keluar Pakatan Rakyat

Chong Chieng Jen.
KUCHING:DAP Sarawak akan memutuskan sama ada keluar daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan PAS membentangkan Enakmen  Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau undang-undang Hudud pada Rabu lepas.

Sambil menyifatkan tindakan PAS itu sebagai tindaka 'tikam belakang', Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau tiada pilihan kecuali mempertimbang langkah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Namun, memandangkan ini adalah keputusan paling penting yang perlu saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan jawatankuasa negeri pada Jun 2013, saya aka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu serta mendapatkan perakuan daripada jawatankuasa penuh tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan
di sini.

Semalam, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang itu, yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan.

DAP Sarawak, Hudud, Chong Chieng Jen

Artikel Lain