suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pemuda Pukul Pemandu Kereta Ditahan

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa mengeluarkan perintah reman terhadap tiga suspek yang terlibat dalam kejadian buli dan memukul seorang lelaki di Jalan Demak, di sini pada Isnin.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kuching Bryan Brian Mason memerintahkan ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 27 tahun itu ditahan reman empat hari bermula Selasa.

Ketiga-tiga suspek ditahan pada 2 pagi ini selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu mendakwa dipukul selepas berlaku perselisihan faham antara mereka di Jalan Demak.

Video aksi ganas dua suspek bertindak memukul pengadu telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat kes berkenaan, Inspektor Wan Amir Wan Mohammad berkata ketiga-tiga suspek akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

"Polis juga yakin akan ada lagi tangkapan dibuat kerana ketika kejadian dipercayai ada beberapa suspek lagi selain mereka bertiga," katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya ketiga-tiga suspek mungkin didakwa di mahkamah Isnin depan.

Sarawak, Mat Rempit Mengamuk

Artikel Lain