Ancaman Pengganas, Militan Perlu Ditangani Melalui Penyatuan Usaha Tentera Laut - Semasa | mStar

Ancaman Pengganas, Militan Perlu Ditangani Melalui Penyatuan Usaha Tentera Laut

Hishammuddin erucap pada Majlis Persidangan Meja Bulat bersama Panglima Tentera Laut negara-negara anggota ASEAN Plus sempena Pameran Maritim dan Aeorangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima 2015) di Langkawi, Selasa. Foto BERNAMA

LANGKAWI: Ancaman yang dicetuskan oleh pengganas dan kumpulan militan perlu ditangani melalui penyatuan usaha semua tentera laut, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Beliau berkata, pasukan tentera laut dari pelbagai negara tidak perlu menunggu sehingga bencana atau tragedi melanda sebelum mengambil keputusan untuk menggabungkan tenaga.

"Justeru, adalah penting bagi kita untuk membina hubungan, untuk melibatkan diri, membuat jangkaan awal kerana keganasan dan militan di luar sana adalah musuh semua tentera laut," kata beliau dalam ucaptama pada Rundingan Meja Bulat Panglima Tentera Laut yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, Selasa.

Perbincangan meja bulat bertemakan 'Meningkatkan Peranan bagi Tentera Laut dan Rakan ASEAN dalam Keselamatan Maritim' diadakan bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15).

Hishammuddin berkata, beliau memilih untuk memberi penekanan tentang pentingnya usaha mengekang keganasan dan fahaman radikal kerana kedua-duanya dilihat sebagai ancaman baharu yang tercetus pada abad ke-21.

Lima , Hishammuddin Tun Hussein

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel