suria

Ahli Parlimen Pembangkang Cukur Rambut Demi Anwar

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 orang termasuk Ahli Parlimen Pembangkang mengadakan protes di luar Parlimen pada Selasa berikutan tindakan Jabatan Penjara enggan membenarkan ketua mereka yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Peserta protes pada masa sama turut membotakkan kepala sebagai simbol menggesa kerajaan membebaskan Ketua Pembangkang agar membolehkan beliau hadir pada sesi kali ini.

Antara Ahli Parlimen yang membotakkan kepala ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong; Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Macang Bubuk, Lee Kai Lun.

Petisyen yang dikemukan ketua pembangkang untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat telah ditolak oleh Jabatan Penjara secara rasmi.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Parlimen, Anwar Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain