suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran

TAWAU: Kira-kira 80 buah rumah musnah dalam kebakaran  di perkampungan setinggan Sentosa Dua di sini petang Isnin.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.08 petang dan menghantar  24 anggota beserta tiga jentera.

Beliau berkata turut membantu memadam kebakaran ialah bomba sukarela dan Jabatan Pertahanan Awam.

Punca kebakaran masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tinjauan, mendapati sehingga pukul 7 malam, pihak bomba masih meneruskan usaha memadam kebakaran.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakub yang turut berada di tempat kejadian berkata buat sementara waktu mangsa akan ditempatkan di balai raya kampung berkenaan.

Tawau, Bomba, Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain