suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Lelaki Maut Tercekik Cekodok Pisang

JOHOR BARU: Budak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tercekik ketika menikmati cekodok pisang di pusat jagaan di Taman Austin Perdana di sini, Ahad.

Ong Kai Yun, 32 meninggalkan anaknya, Kee Shao Ming dan anak perempuannya berusia lapan tahun di pusat jagaan itu sebelum ke tempat kerja pada kira-kira 7.30 pagi.

Setengah jam kemudian, dia menerima panggilan telefon memaklumkan Shao Ming muntah dan pengsan.

Shao Ming dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail dan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Kai Yun berkata, dia terkejut apabila diberitahu cekodok pisang tersekat pada kerongkongnya.

"Doktor juga terkejut kenapa guru (pusat jagaan) tidak memaklumkan mengenainya kerana mungkin dia dapat diselamatkan jika tahu puncanya," katanya.

Kai Yun berkata, dia diberitahu semua kes tercekik, mangsa hanya ada tiga minit untuk diselamatkan.

Beliau berkata, anak lelakinya ke pusat jagaan itu sejak Disember tahun lalu dan bersekolah pada sesi petang.

Laporan polis dibuat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut bergantung kepada perkembangan lanjut.

Artikel Lain