suria

Imam Ahmad Fathan Calon PAS DUN Chempaka

KOTA BARU: PAS memilih seorang imam, Ahmad Fathan Mahmud untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 25 Mac ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat membuat pengumuman itu di Pusat Pendidikan Islam PAS (Putik) di Pengkalan Chepa pada malam Ahad.

Ahmad Fathan, 43 adalah seorang imam di Masjid Baung di sini dan bendahari PAS Pengkalan Chepa.

Beliau adalah graduan Universiti Kaherah dalam bidang pendidikan Islam.

Ahmad Fathan antara tiga calon yang disenaraikan termasuk peguam Syariah, Nik Baharom Nik Abdullah merangkap ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka akan diadakan berikutan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Nik Aziz menewaskan calon Barisan Nasional, Wan Razak Wan Abdul Razak dengan kelebihan 6,500 undi.

Terdahulu, BN memakumkan untuk tidak bertanding pada PRK berkenaan.

Artikel Lain