suria

Pesara Tentera Didakwa Teroka Hutan Simpan Kekal Tanpa Permit

TAIPING: Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menjalankan aktiviti penerokaan hutan simpan kekal tanpa permit penggunaan bagi tujuan pertanian.

A Raman Hashim, 50, dari Jalan Bukit Merah, Bagan Serai mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama beberapa individu lain yang masih bebas di sebahagian kompartmen 18 Hutan Simpan Pondok Tanjong, Mukim Gunong Semanggol dekat Kerian antara 8 pagi dan 6 petang pada 8 Jun hingga 21 Sept tahun lepas.

A Raman didakwa mengikut Subseksyen 32(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984, yang diguna pakai kerajaan negeri mengikut Enakmen Perhutanan Negeri 1985, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Mustafa Ghazali.

Hutan Simpan

Artikel Lain